Semua kementerian perlu lebih berhemat dalam melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan masing-masing sejajar langkah pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ada kementerian yang dikurangkan perbelanjaan mengurus sebanyak dua dan lima peratus.
Malah, antara keputusan itu termasuk menetapkan kakitangan tidak lagi menggunakan kemudahan penerbangan kelas pertama bagi menghadiri program di luar negara.
"Dalam mesyuarat Kabinet semalam, kita minta setiap kementerian memastikan perbelanjaan yang kita (Kementerian Kewangan) putuskan, dapat dilaksanakan dengan sebegitu berhemat.
"Bila kita (Kementerian Kewangan) minta mereka (kementerian lain) kurangkan (perbelanjaan) bermakna itulah juga yang kita kena buat. Ini termasuk memutuskan bahawa semua kakitangan (kementerian) yang hadir mesyuarat di peringkat dunia tidak lagi menggunakan (kemudahan) penerbangan kelas pertama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni menegaskan pengurangan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM5 bilion itu tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek yang proaktif serta kritikal.
"Kita percaya kemantapan pembangunan akan berterusan dan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat akan terus dilaksanakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan memastikan ekonomi negara tahun ini terus berkembang secara realistik sebanyak 4 hingga 4.5 peratus selain sasaran defisit fiskal 3.1 peratus serta kadar hutang negara akan terus berkurangan dengan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Selain itu, mengulas dakwaan ada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih belum menerima bantuan itu, Ahmad Husni berkata usaha itu disalurkan secara berperingkat.
"Saya percaya tiada masalah bagi pemberian. Pemohon juga boleh menyemak dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sama ada nama mereka tersenarai atau tidak. Bantuan itu juga diberi melalui dua kategori iaitu akaun bank serta sistem baucar," katanya.
Bernama
Sat Jan 30 2016
AHMD HUSNI: Kita minta setiap kementerian memastikan perbelanjaan yang kita (Kementerian Kewangan) putuskan, dapat dilaksanakan dengan sebegitu berhemat.
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.
Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009.
Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan
Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.
Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.
Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib
Tuduhan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau diperlakukan sekadar office boy adalah satu komedi, kata Najib Razak.
Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
Pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain.
Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib
Husni memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebaliknya.
Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi
Datuk Mat Noor Nawi, 64, berkata kaedah yang dinyatakan di dalam deraf memorandum pemindahan tersebut adalah bayaran interim daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan.
Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.