KUALA LUMPUR: Semua pihak harus memainkan peranan dalam menyemak kesahihan fakta sesuatu berita yang dilaporkan agar ia tidak memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.
"Saya bagi contoh yang terkini ada pihak yang telah mendakwa kononnya Malaysia nak beli minyak sawit dari China, (perkara) ini masuk dalam X (Twitter) dan telah disebar.
" ... dan bila saya teliti sebenarnya ia timbul antara lain kerana ada berita daripada pihak media yang telah melaporkan dengan headline (tajuk) yang salah ... ," katanya menjawab celahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berhubung tindakan kerajaan dalam menangani masalah penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat.
Perkara itu turut mendapat perhatian daripada Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang menekankan agar kerajaan memberi tumpuan kepada warga emas berhubung pendidikan celik media kerana golongan itu mempunyai kecenderungan untuk terdedah dengan implikasi berita palsu.
Beliau berkata pihaknya juga mungkin akan membincangkan cadangan Rodziah Ismail (PH-Ampang) supaya adanya siaran semakan berita fitnah agar ia boleh dirujuk secara harian.
"Ada cadangan untuk tambah satu slot dalam berita RTM, Fitnah Apa Hari ini. Ini satu cadangan dan mungkin kita akan bincang nanti. Tapi memang betul kita perlu teliti perkara (fitnah) ini," katanya.
Fahmi berkata kerajaan turut mengulangi pendirian untuk bersikap terbuka terhadap kritikan dan kebebasan media di negara ini.
Menyentuh tentang Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), beliau berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kajian semula secara menyeluruh bagi menentukan hala tuju dan skop yang jelas di bawah industri kreatif.
"Memandangkan skop industri kreatif kini merentasi beberapa kementerian, jabatan dan agensi, kajian semula DIKN secara menyeluruh akan dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi," katanya.
Berhubung status sumbangan Starlink Internet Services Malaysia Sdn Bhd (Starlink Malaysia) kepada Kumpulan Wang Pemberi Perkhidmatan Sejagat, Fahmi berkata ia hanya boleh ditentukan selepas 30 Jun 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.
Polis Kelantan buka kertas siasatan kesahihan pameran artifak Rasulullah
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kesahihan pameran artifak Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
Kesahihan video intim perlu didedahkan - Anwar Ibrahim
Kesahihan video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang mirip seorang menteri kanan perlu didedahkan kepada umum.
PPS diminta siasat kesahihan AGM KOM
Beliau mendakwa wujud pelbagai kesilapan dalam prosedur pemilihan itu termasuk kegagalan Datuk Sieh Kok Chi mengisytiharkan pembubaran kepimpinan KOM terdahulu.
Mahkamah tolak permohonan 16 bekas anggota UMNO cabar kesahihan parti
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan daripada Jabatan Peguam Negara.