awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua premis patuh SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2021
11:13 MYT
Semua premis patuh SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pemantauan penguat kuasa KPDNHEP mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi. - Gambar hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 863 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas membabitkan 672 peruncit, pemborong (158) dan pengilang (33) pada Sabtu.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjelaskan, daripada jumlah itu, semua premis didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong juga mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
Berikut antara perkara penting kenyataan media Hishammuddin pada Ahad;
1. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di lapan lokaliti meliputi negeri Sabah, Terengganu dan Kelantan bermula pada 10 sehingga 23 Ogos ini.
2. Empat lokaliti dilanjutkan PKPD merangkumi Kampung Bukit Merbau, Bukit Jawa, Pasir Puteh dan Kg Banggol Pak Esah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan, Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah dan Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.
3. PKPD akan ditamatkan di 30 lokaliti meliputi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Pahang.
4. Seramai 255 individu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan 21 lagi direman.
5. Seramai 901 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Sabtu dan dikuarantin di di 83 hotel dan 11 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#bekalan
#PKP
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#Hishammuddin Hussein
#ingkar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan