Semua 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (19 dan 20 Sept) akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 23 Sept, kata Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Maznah Abu Bakar.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Batu Muda dan stesen Cheras pada 5 petang Ahad menunjukkan bacaan di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.
"Sebarang perubahan dan makluman tertentu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Tambah Maznah, pihak sekolah turut diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019
Pihak sekolah turut diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM beroperasi seperti biasa
Semua institusi pendidikan di bawah KPM yang terjejas akibat banjir serta yang dijadikan sebagai PPS beroperasi seperti biasa.
PKPB: Semua perkhidmatan awam di Sabah dibenar beroperasi seperti biasa
Semua perkhidmatan awam negeri Sabah dibenar beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan.
Semua sekolah di Kuala Lumpur beroperasi Isnin
Semua 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas (19 dan 20 Sept) akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 23 Sept.