KUALA LUMPUR:Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peraturan perbahasan menteri yang ditetapkan selama 20 minit dan hanya 80 wakil rakyat dibenar berada dalam Dewan Rakyat.
Azhar Azizan berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.
“Hari Ahad pun saya datang ke pejabat dan nombor WhatsApp saya pun semua tahu. Saya sanggup datang malam Ahad untuk mesyuarat tetapi tiada siapa pun yang hubungi saya dalam isu ini.
“Tetapi bila masuk jam 11 pagi hari ini, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Kita sudah setuju, namun tiada siapa hubungi saya untuk bangkitkan perkara ini supaya ia boleh dibincangkan sebelum hari ini.
"Hari ini kita sudah rugi 30 minit hanya untuk mempersoalkan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Terdahulu, sesi penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, tertangguh kira-kira 30 minit selepas ahli Parlimen pembangkang mencelah membangkitkan isu berkenaan.
Isu itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) sejurus tamat sesi soal jawab lisan pada jam 11 pagi dan Azhar mengumumkan sesi penggulungan perbahasan akan berlangsung mulai hari ini hingga Khamis.
Azhar memberi ruang setengah jam kepada beberapa ahli Parlimen memberikan pandangan sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berpendapat Dewan perlu diteruskan mengikut aturan yang dipersetujui.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020

Azhar berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA

Masalah LRA | Masalah bekalan air bersih di Sabah
Kita bersama Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pakar Kejuruteraan Kimia dan Kelestarian, UMS.

PdPR | Guna Youtube, tingkat minat pelajar belajar Bahasa Inggeris
Guru bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Emily Syafirah Zamrod mengambil pendekatan berbeza mengadakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dengan mewujudkan saluran Youtube. Ia bagi memastikan keseluruhan pelajarnya kekal di hadapan komputer atau gajet masing-masing sehingga tamat sesi pengajaran yang dilaksanakan beliau.

Masalah Air Sabah | Tinjauan di Loji Penapis Air Cinta Mata Tawau
Susulan pendedahan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang menyatakan 22 daripada 84 loji penapis air di negeri Sabah bermasalah. Kami menghantar wartawan ke salah satu lokasi di Tawau untuk meninjau keadaan di Loji Cnta Mata yang dikatakan bermasalah. Untuk butiran lanjut kita bersama wakil Astro AWANI Sabah, Petrus Bernard.

Tidur di stesen bas berbekal RM1, pemuda ini akhirnya diselamatkan pengurus stesen minyak
Ketulusan hati dan sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Lee atau lebih dikenali sebagai Les, nyata menyentuh hati ramai warganet.

Elakkan marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

AWANI Ringkas: Ubah kurikulum, kaedah belajar semasa PdPR | PKP: Polis boleh masuk Sabah bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Messi digantung dua perlawanan, terlepas aksi lawan Elche
Barca mengemukakan rayuan berkenaan penggantugan itu tetapi mengesahkan semalam bahawa usaha mereka tidak berhasil.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.

COVID-19: Satu kes dalam komuniti babitkan wanita Msia di Singapura pada Jumaat
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun adalah kes baharu tunggal jangkitan tempatan COVID-19. Kemente

'Semua tahu nombor WhatsApp saya, tiada yang hubungi' - YDP Dewan Rakyat lahir rasa kecewa
Perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua Ketua Whip parti sudah mempersetujui perkara itu dalam pertemuan sebelum ini.