Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melancarkan Direktori Industri Halal Malaysia yang mengandungi indeks lengkap pengusaha premis makanan, pengilang produk serta rumah sembelihan yang mempunyai sijil dan logo halal diiktiraf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata direktori itu bukan sahaja membantu pengguna tetapi juga sebagai rujukan tepat untuk golongan usahawan.

"Jakim akan memastikan direktori ini dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran direktori, di Putrajaya.

Direktori ini juga akan diguna Jakim dalam usaha mempromosikan negara ini sebagai hab halal, katanya.

Katanya direktori itu yang mengandungi senarai 1,060 syarikat tempatan akan berada di pasaran bermula pertengahan bulan ini.

Setiap naskhah dijual pada harga RM25, katanya.