PASIR PUTEH: Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, senarai palsu tersebut dipercayai dibuat oleh pihak yang mempunyai banyak masa lapang dan bukan pertama kali dihadapi pihak parti itu.
“Bagi saya senarai nama palsu itu, orang yang tak ada kerja buat, saja-saja. Apabila tak ada kerja, dia buat senarai dan edar.
“Bagi kami, tak beri kesan apa-apa dan tak menjejaskan gerak kerja PRN. Sebab, kami dah lalui tiap-tiap kali pilihan raya, kadang-kadang ada sampai sepuluh senarai palsu,” katanya selepas Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi di Kompleks Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Tok Bali, di sini pada Ahad.
Akhbar sebelum itu melaporkan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan senarai nama calon tersebut yang tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Sementara itu, menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Pas akan menampilkan 50 peratus calon muka baharu pada PRN pada 12 Ogos ini.
Katanya, calon muka baharu itu kelak akan meliputi calon dalam kalangan veteran, orang muda, wanita dan ulama.
“Amalan kami setiap kali pilihan raya, akan kemukakan muka baru dalam 30 peratus.
“Kali ini, kalaulah senarai diluluskan oleh Majlis Syura dan mendapat pengesahan daripada Pas Pusat, kita akan tengok hampir 50 peratus muka baru,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan tersebut bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berkaitan ura-ura nama beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar negeri itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023
Menurut Mohd Amar senarai palsu tersebut dipercayai dibuat oleh pihak yang mempunyai banyak masa lapang. - Gambar fail/BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senarai palsu nama calon Pas tak jejas jentera PRN - Mohd Amar
Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.