KUALA LUMPUR : Humanitarian Care Malaysia (MyCare) berharap kepercayaan dan komitmen masyarakat untuk membantu masyarakat yang terjejas khususnya di Palestin, tidak terhakis susulan laporan melibatkan tiga pemimpin badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Pengerusinya, Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, MyCare juga bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Jelas beliau, setiap NGO yang menguruskan bantuan perlu mengikut peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan, agar ia tidak menjejaskan usaha murni dalam membantu mangsa yang terkesan di seluruh dunia.
“Jadi kami di MyCare, kita akan pastikan kami diaudit.
“Sentiasa kami sebut, setiap sen yang dikutip itu mesti diaudit dan proses penyampaian bantuan kepada penerima di seluruh tempat di seluruh dunia, sama ada di Palestin, Turki ataupun Myanmar dan tempat tempat lain, mesti mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Jadi itu kita ikut (peraturan),” katanya kepada pemberita selepas forum “Gaza Inspired Family” sempena Program Bina Semula Gaza (BSG) di sebuah hotel sini pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi Surau Pusat An-Nur Country Heights (Spanch), Jamaludin Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat, disenaraikan dalam TSC FBI.
Dalam surat yang ditularkan, mereka yang disenaraikan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut; Pengasas Persatuan Cinta Syria Malaysia, Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman; serta Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam, Abu Bakar Abdul.
Mengulas lanjut, Kamal Nasharuddin berkata beliau terkejut dengan penularan surat berkenaan memandangkan kebanyakan daripada NGO disifatkan sebagai bekerja keras dalam aspek bantuan kemanusiaan.
“Kami berpandangan bahawa pihak berwajib tentunya akan lakukan penyiasatan dan kami serahkan kepada pihak berwajib untuk menentukan kebenaran atau sebaliknya,” ujar beliau.
Dalam masa sama, beliau berkata sejak perang tercetus antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, MyCare menyalurkan hampir RM7 juta kepada rakyat Gaza.
Sementara itu, mengenai kutipan program BSG, Kamal Nasharuddin berkata MyCare bersama Spanch menyasarkan kutipan RM1 juta sehingga hujung tahun ini berbanding sasaran asal RM500,000 pada Mei.
Beliau menambah, kutipan sumbangan akan disalurkan bagi menyusun semula strategi hala tuju pembinaan semula pasca perang di Gaza termasuk membaiki rumah, bina semula pendidikan serta rehabilitasi.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 18 2024
Kamal Nasharuddin berkata, MyCare juga bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma. - Astro AWANI
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin
MyCare berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.
'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin
Ziad menggesa umat Islam bersatu dalam menyebarkan kepada dunia situasi sebenar yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik
Kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan OKU.
MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.
"Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"
Itu antara luahan dan pendedahan yang dikongsikan Naib Presiden Syria Care, Ustaz Rizal Ali ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu mengenai nasib-nasib penduduk bumi Ghouta.
Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.