Seorang bekas pelajar Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Baharu, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan ketika menunggang motosikal di pelantar pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, di sini, petang semalam.
Mangsa, Muhammad Arief Muhammad Nordin, 20, dikatakan tergelincir sebelum dia tercampak ke dalam sungai tersebut pada kira-kira 5.30 petang.
Menurut saksi yang juga rakan rapatnya, Mohd Amir Fadzli Mohd Rosni, 19, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan untuk menemui rakannya yang berjanji untuk mengambil gambar sebagai kenangan di kawasan jambatan itu.
"Saya terkilan kerana gagal membantu menyelamatkan Muhammad Arief yang meminta tolong ketika ia terjatuh ke dalam sungai itu, manakala motosikal yang ditunggang mangsa terbalik di atas pelantar pembinaan jambatan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Amir Fadzli berkata ketika menunggang motosikal itu, kaki mangsa dipercayai tersepit di celah pelantar itu menyebabkan dia terjatuh sebelum terpelanting ke dalam sungai itu.
Gerakan mencari yang dilancarkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sejak petang semalam masih belum menemui mangsa.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Fitri Hussin, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kejadian itu pukul 5.40 petang semalam.
Sementara itu, bapa mangsa Muhammad Nordin Mohd Long, 48, berkata beliau menyedari kejadian menimpa anaknya itu setelah diberitahu anak keduanya yang dimaklumkan orang ramai petang semalam.
Katanya, Muhammad Arief dijangka menyambung pelajaran di sebuah kolej di Kuala Lumpur Jun ini.
Beliau mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat.