awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang individu di Johor berisiko buta setiap minggu

Bernama
Bernama
04/10/2018
23:00 MYT
Seorang individu di Johor berisiko buta setiap minggu
Setiap bulan HSAJB menerima lebih 4,500 pesakit iaitu kira-kira 300 pesakit setiap hari yang berhadapan dengan risiko buta. - GettyImages.com
Sekurang-kurangnya seorang individu di negeri Johor berisiko mengalami kebutaan setiap minggu yang berpunca daripada penyakit mata seperti retinopati diabetes (penyakit mata diabetes), glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intraokular tinggi) dan katarak.
Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Dr Francesca Martina Vendargon berkata rata-rata risiko buta sering menyerang individu berusia 40 tahun dan ke atas.
"Setiap bulan kita menerima lebih 4,500 pesakit iaitu kira-kira 300 pesakit setiap hari yang berhadapan dengan risiko buta sama ada berpunca daripada penyakit mata utama seperti Retinopati diabetes, Glaukoma dan Katarak.
"Kita mahu masyarakat ambil peduli terutama yang berumur 40 tahun ke atas untuk melakukan pemeriksaan mata sekurang-kurang sekali bagi memastikan pesakit dapat menerima rawatan susulan dan bertindak dengan segera sekiranya merasakan penglihatan semakin buruk," katanya kepada pemberita sempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia di sini, pada Khamis.
Dr Vendargon berkata berdasarkan National Eye Survey (NESII) pada tahun 2015, selatan negara iaitu Johor dan Melaka mencatatkan sebanyak 59 peratus individu buta berpunca daripada katarak, manakala 4.5 peratus Retinopati diabetes dan 18.2 peratus Glaukoma.
"Pengambilan sebarang ubat mengandungi steroid dan juga steroid yang terkandung dalam inhaler pesakit asma, genetik, kecederaan dan diabetes merupakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit mata seterusnya membawa kepada risiko buta.
"Oleh sebab itu, mereka perlu datang ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan," kata beliau.
Mengenai sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2018 yang akan diadakan di Persada Johor pada 11 Okt ini, beliau menjangkakan seramai 600 pengunjung.
Menurutnya, pemeriksaan mata percuma akan turut ditawarkan kepada orang ramai termasuk pemeriksaan tahap penglihatan, saringan penyakit mata diabetik dan glaukoma menggunakan alatan mesin terkini selain perkhidmatan rundingan konsultasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buta
#diabetes
#Francesca Martina Vendargon
#glaukoma
#Johor
#katarak
#kesihatan
#masalah penglihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan