awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2022
14:05 MYT
Seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang
Anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan kayak dalam operasi pencarian seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang individu dikhuatiri lemas di Sungai Klang berhampiran Stesen Monorail Tun Sambanthan di sini, pada Rabu.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Zainasrie Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang.
"Seramai 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Pantai dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Zainasrie berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada pemanggil mendakwa ternampak mangsa yang tidak diketahui jantina disyaki lemas di dalam sungai tersebut.
"Operasi pencarian masih dilakukan bermula dari Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan sehingga Sungai Klang Batu 6 1/2," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#individu dikhuatiri lemas
#sungai klang
#Stesen Monorail Tun Sambanthan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan