awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan

Bernama
Bernama
08/04/2025
10:01 MYT
Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, Hulu Selangor pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala empat individu warga tempatan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin di Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, tengah hari tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 Lebuhraya Utara Selatan.
  • Empat individu warga tempatan cedera, termasuk seorang yang cedera parah, dalam kemalangan tersebut.
  • Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.27 tengah hari tadi dan kemalangan itu melibatkan sebuah lori treler, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota.
"Kemalangan mengakibatkan kelindan lori tiga tan iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk seorang cedera parah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa yang cedera berusia 18 hingga 52 tahun dan mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#Tanjung Malim
#Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#Lembah Beringin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan