awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan

Bernama
Bernama
30/12/2024
03:50 MYT
Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan
Keadaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan di KM37 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan semalam. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM 37 Jalan Kuantan-Segamat, semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan pada kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan Nur Ezyyantie Aliakbar, 30, yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Temai, Pekan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila sebuah Honda HR-V dinaiki empat sekeluarga dari Kuantan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan, berlanggar dengan kereta Myvi dinaiki arwah bersama suami dan dua anaknya, yang dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.
"Siasatan awal mendapati ketika di tempat kejadian, HR-V berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Myvi terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaidi berkata suami Nur Ezyyantie dan dua anak perempuannya mengalami kecederaan parah, dan kesemua mereka, termasuk empat sekeluarga yang menaiki HRV yang tercedera dalam kejadian, kini dirawat Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Nur Ezyyantie Aliakbar
#Jalan Kuantan-Segamat
#Polis Daerah Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan