awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan

Bernama
Bernama
03/06/2022
12:24 MYT
Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan
Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru, menerima laporan berhubung kejadian melibatkan dua nelayan tempatan itu yang didapati tidak pulang selepas menangkap ikan pada pukul 3.30 petang.
Beliau berkata Op Carilamat diaktifkan pada pukul 10.31 pagi tadi, dengan melibatkan tujuh aset daripada pelbagai agensi termasuk Zon Maritim Batu Pahat, sebelum menemui mayat salah seorang iaitu Mohd Khalid, 60, di kedudukan 3.2 batu nautika muara Sungai Pontian Besar pada 12.45 tengah hari tadi.
"Bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu Abu Bakar Mohd, 56, masih lagi belum ditemui," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Nurul Hizam berkata Op Carilamat hari ini melibatkan pencarian seluas lima batu nautika daripada Pulau Pisang dan perairan Sanglang sehingga ke Tampok, Pontian yang turut dibantu komuniti nelayan setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nelayan lemas
#hilang
#perairan pontian
#Maritim Johor
#tangkap ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan