awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang parah, dua cedera kereta terbabas masuk gaung

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
21/09/2022
06:26 MYT
Seorang parah, dua cedera kereta terbabas masuk gaung
Bomba mendapati terdapat dua lelaki dan seorang wanita telah tersepit di dalam kereta berkenaan.- Foto JBPM Pahang
LIPIS: Tiga cedera termasuk seorang parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung berhampiran Dewan Orang Ramai Kampung Baru Penjom dekat sini pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.04 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima maklumat, sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.
"Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah kereta Toyota Vios telah terbabas ke dalam gaung. Terdapat dua lelaki dan seorang wanita telah tersepit di dalam kereta berkenaan.
"Pihak bomba bertindak membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah telah dibawa naik oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Lipis dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan kereta Toyota Vios itu sebelum menamatkan operasi.
Topic Berkaitan
#kereta terbabas
#lipis
#masuk gaung
#bomba pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan