Seorang peraih undi Barisan Nasional (BN) cedera di leher selepas ditumbuk dan ditendang oleh seorang lelaki semasa berkempen di Taman Desa Aman di sini tengah hari semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata wanita itu berusia 50-an dan merupakan anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam laporan polisnya mendakwa telah ditendang dan ditumbuk di leher semasa berkempen dari rumah ke rumah di taman perumahan itu bersama-sama tiga lagi rakannya pada pukul 1.30 tengah hari semalam.
Wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, 20 minit selepas kejadian dan kes sedang disiasat, katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Dewan Serba Guna, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang didakwa mencederakan wanita itu turut membuat laporan polis semalam dengan mendakwa wanita tersebut cuba mencuri buah mangga dan daun karinya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Menyentuh perjalanan kempen PRK itu yang memasuki hari kesembilan, Acryl Sani berkata suasana keseluruhannya adalah terkawal dan tenang.
"Dalam mana-mana pilihan raya, tentulah ada sedikit insiden kecil-kecil berlaku yang timbul atas dasar tidak faham dan teruja, tetapi ia tidak melarat sehingga menyebabkan perkara buruk berlaku. Setakat ini kita mampu mengawal keadaan," katanya.
Acryl Sani menasihatkan semua penyokong calon pilihan raya supaya menjaga perlakuan masing-masing dan elakkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi termasuk membuat khianat terhadap poster kempen calon yang bertanding serta mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak diingini.
"Polis juga mendapati pasukan pemantau kempen pilihan raya yang ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan tanggungjawab mereka. Kita jangka suasana aman dan tenang ini akan berterusan sehingga hari pengundian Sabtu ini," katanya.
Polis juga akan memastikan keadaan lalu lintas di Teluk Intan lancar kerana menjangkakan pengundi berdaftar yang tinggal di luar kawasan akan pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini, selain menyambut perayaan masyarakat Cina, katanya.
PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Bernama
Tue May 27 2014
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. -Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.