Memasuki 2018, lebih separuh daripada jumlah pekerjaan sedia ada di Malaysia sudah menghadapi risiko tidak memerlukan tenaga manusia untuk melakukannya.
Namun, ini tidak bermakna mana-mana syarikat atau organisasi hanya membiarkannya tanpa melakukan apa-apa perubahan, kata Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Malaysia Bhd, Shareen Shariza Abdul Ghani.
Sebaliknya, majikan atau pihak pengurusan boleh mengubah dan mempengaruhi serta melengkapi golongan pekerja dengan gaya pemikiran dan kemahiran tertentu bagi membolehkan mereka beradaptasi dengan perubahan landskap pekerjaan, katanya.
"Ini mungkin mengambil masa, namun kita harus mula mengubah cara pemikiran kita dan melaksanakan inisiatif yang tepat supaya tiada pekerja yang akan ketinggalan. Kita tidak lagi boleh memandang pekerjaan atau kerjaya kita dengan pandangan satu arah (tunnel vision) sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Shareen Shariza berkata, dalam menangani isu ini, TalentCorp sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab memacu strategi pengembangan bakat di negara ini, telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Talent Compact 4.0, iaitu sebuah panel penasihat bebas industri untuk menjalankan kajian impak.
Kajian itu, katanya, telah mengenal pasti peluang-peluang serta kelemahan-kelemahan berbangkit berkenaan masa depan pekerjaan di negara ini dalam sektor-sektor keutamaan dan juga sektor ekonomi.
Berdasarkan kajian itu, TalentCorp merumuskan organisasi perlu memikirkan semula model bisnes mereka serta mencari jalan untuk mengekal dan mengembangkan bakat pekerja mereka.
"Sejajar dengan ini, industri dan organisasi perlu, secara serentak, berinovasi dalam usaha untuk kekal relevan dan kompeten, seperti memastikan keseimbangan antara kehidupan serta kerjaya pekerja mereka.
"Dengan cabaran-cabaran yang timbul pada masa kini, kita memerlukan ekosistem yang kukuh, terdiri daripada kerajaan, sektor swasta, golongan akademik serta pemegang kepentingan utama yang berkongsi agenda sama iaitu memastikan tenaga kerja di negara ini 'future-proof'," katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Jan 06 2018

Menurut TalentCorp, organisasi perlu berinovasi dalam memastikan tenaga kerja kekal relevan. - REUTERS/Fail

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Malaysia berada di landasan capai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh dasar fiskal pengembangan kerajaan serta dasar monetari akomodatif.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Malaysia tidak berisiko terhadap kemelesetan ekonomi - Tengku Zafrul
Perbincangan mengenai kemelesetan ekonomi ketika ini adalah bersifat pramatang.

Ringgit dijangka menurun berikutan kekurangan pemangkin minggu hadapan
Penganalisis itu berkata terdapat pelbagai faktor yang dilihat memberi kesan negatif kepada momentum pemulihan ekonomi.

Ekonomi suku kedua diunjur kukuh, di sebalik cabaran luaran - Mustapa
Pembukaan semula sempadan dijangka dapat memulihkan sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.

Tekanan inflasi, kos sara hidup dijangka meruncing suku kedua tahun ini - Pakar ekonomi
Angka pertumbuhan ekonomi Malaysia diramal terus meningkat pada suku kedua tahun ini susulan prestasi suku pertama 2022 yang memberangsangkan.

Penganalisis, ahli ekonomi terus yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia
Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus.

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5 peratus suku pertama 2022
Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik.