awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah kepada polis siasatan kes tahanan mati - Pengarah Penjara Kedah

Bernama
Bernama
01/08/2019
09:53 MYT
Serah kepada polis siasatan kes tahanan mati - Pengarah Penjara Kedah
Semalam, polis menyifatkan tiada unsur jenayah terhadap tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di HSAH. - Gambar hiasan
Jabatan Penjara Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan berhubung kes seorang tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pada Selasa lepas.
Pengarahnya, Mohd Sabri Yaacob ketika ditemui Bernama enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut kerana melibatkan dasar Jabatan Penjara.
"Saya tak mahu komen apa-apa. Biar pihak polis menjalankan siasatan," katanya selepas merasmikan majlis perbarisan dan penyampaian sijil tamat latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) siri 1/2019 di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Perlis, Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka di sini, hari ini.
Beliau turut menjadi Pegawai Tabik Hormat kepada 39 pegawai penjara yang mengikuti kursus asas bermula 22 April lepas dan tamat pada hari ini.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme Jabatan Penjara Ku Nawawi Ku Hamid dan Pengarah Penjara Perlis Mat Johir Asin @ Hashim.
Semalam, polis menyifatkan tiada unsur jenayah terhadap tahanan di Penjara Sungai Petani yang meninggal dunia di HSAH.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah dipetik sebagai berkata hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapati R.Gopal Krisnan, 21 tahun, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.
Polis turut mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut meskipun tunangnya membuat laporan polis mendakwa Gopal Krisnan dipukul ketika dalam tahanan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sultan Abdul Halim
#HSAH
#Jabatan Penjara Kedah
#mati
#penjara
#Penjara Sungai Petani
#R Gopal Krisnan
#siasatan
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan