awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad

Fareez Azman
Fareez Azman
25/10/2023
07:29 MYT
'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan terus berdolak dalik dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menguruskan peruntukan terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.
Katanya, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan terus berdolak dalik dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menguruskan peruntukan terbabit.
"Kalau peruntukan tak nak bagi tak apa... sebab peruntukan ini... kononnya dituduh, difitnah kami beri kepada TikTok... tapi biarlah peruntukan ini ada di kawasan kami.
"Sekarang ini kami datang ke Parlimen sebab setiap hari pejabat kami didatangi rakyat. Ada yang nak hantar anak ke hospital. Kita suruh pergi ke JKM, JKM kata tak ada peruntukan.
"Kita pergi kepada baitulmal... semalam ada satu kes (penyewa) rumah nak kena halau sebab sewa RM1,500 tak bayar. Dia minta saya, kita suruh pergi ke baitulmal... (tapi) dapat RM100 (sahaja)," katanya.
Letak pegawai uruskan jika takut beri peruntukan - YB Bagan Serai
Tambah Idris, pembangkang tidak membantah sekiranya kerajaan mahu meletakkan pegawai pemantau di setiap pejabat wakil rakyat blok itu untuk memantau pengurusan bantuan rakyat.
Ujarnya, mereka rela berbuat demikian agar peruntukan dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.
"Sebab itu kita harapkan tak ada masalah... wang itu boleh letak di JKM tak apa, ataupun di baitulmal, atau di Pejabat Daerah asalkan rakyat dapat... itu sudah cukup.
"Bukan untuk kami, kami boleh bagi (bantuan) insya-Allah RM50-RM100, tapi tak cukup sepadan dengan apa mereka perlukan.
"Maka sebab itu kita harapkan... apa yang penting mekanisme ini diberikan kepada mereka yang sepatutnya. Kalau takut sangat nak beri kepada kami, letak pegawai SPRM di pejabat kami... nak uruskan (bantuan) tempat kami. Kami rela," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Topic Berkaitan
#jkm
#peruntukan wakil rakyat
#pembangkang
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan