Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 April 2026.

1. Kemelut DUN Negeri Sembilan: UMNO kembali isi kekosongan Exco?

Advertisement

Kemelut politik Negeri Sembilan semakin memuncak apabila timbul dakwaan bahawa ada Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO lain yang akan mengisi kekosongan empat jawatan Exco kerajaan negeri, yang dikosongkan sebelum ini.

2. Projek RM1.1 bilion dengan ARM Plc: Bekas pembantu Rafizi, James Chai sambung beri keterangan

Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya bagi menyambung keterangan berhubung siasatan membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

3. Tarikh akhir kemuka e-filing Tahun Taksiran 2025 pada 15 Mei - LHDN

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Taksiran 2025 untuk individu dan selain individu iaitu pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu yang tidak menjalankan perniagaan ialah pada 15 Mei.

4. Kemelut DUN: Kerajaan Persekutuan tidak campuri urusan adat Negeri Sembilan – Fahmi

Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan berkaitan adat di Negeri Sembilan susulan kemelut politik melibatkan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional di negeri itu, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.

5. ‘Apa saja selepas ini terserah pada Tuanku, pucuk pimpinan parti’ - MB Aminuddin

Kerajaan negeri minoriti di Negeri Sembilan yang ditadbir blok Pakatan Harapan (PH) ketika ini akan diteruskan sehingga satu masa yang sesuai.

6. Kemelut DUN: ‘Ganti Exco? Tiada ADUN berunding dengan saya’ - Aminuddin

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan tiada sebarang rundingan dengan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mahu pun Perikatan Nasional (PN) negeri berhubung kemelut politik ketika ini.

7. Bekas Ketua Bersekutu Bersatu tertembak diri sendiri ketika kosongkan senjata

Sembilan saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dipercayai tertembak diri sendiri ketika menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Ladang Rem pada Selasa.

8. Harga runcit diesel kekal, RON95 tanpa subsidi dan RON97 naik bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM5.12 seliter, manakala harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik lima sen dan 10 sen bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

9. Tarikh akhir kemuka e-filing Tahun Taksiran 2025 pada 15 Mei - LHDN

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Taksiran 2025 untuk individu dan selain individu iaitu pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu yang tidak menjalankan perniagaan ialah pada 15 Mei.

10. Penduduk Malaysia mula rekod lebihan pendapatan pada usia 29 tahun - DOSM

Penduduk Malaysia mula merekodkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan penggunaan pada usia 29 tahun, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Must Watch Video