Seramai 32 peserta perhimpunan ‘Parlimen Milik Rakyat’ yang terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita telah ditangkap kerana menimbulkan kekecohan di jalan pintu masuk ke bangunan Parlimen Malaysia.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam kenyataan medianya kepada Astro Awani berkata penangkapan tersebut melibatkan beberapa aktivis politik dan pelajar, iaitu Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Adam Adli Abdul Halim.
Malah, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Saiful Anang turut dilaporkan ditahan oleh polis.
“Kejadian jam 11.30 pagi, anggota polis yang membuat kawalan di jalan pintu masuk ke parlimen telah dirempuh oleh peserta perhimpunan dan kejadian tersebut mengakibatkan beberapa anggota polis turut tercedera,” kata Mohmad.
Menurutnya, seorang pegawai kanan IPD Sentul telah cedera di mata kanan dan hidung, manakala seorang anggota polis IPD Dang Wangi telah terseliuh ibu jari tangan kirinya dan telah patah gigi hadapan akibat dibelasah oleh peserta perhimpunan.
Beberapa anggota polis yang membuat kawalan turut mendapat cedera ringan.
Peserta perhimpunan turut membuat provokasi terhadap anggota polis yang bertugas dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat.
Difahamkan, pada jam 12.05 tengah hari, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku wakil Pakatan Rakyat telah menerima memorandum daripada peserta dan telah menyeru supaya peserta-peserta tersebut bersurai.
Para peserta kemudiannya mula bersurai sekitar jam 12.15 tengah hari secara berperingkat.
Kesemua yang ditahan kini dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Polis Jinjang untuk siasatan selanjutnya sementara anggota polis yang cedera telah menerima rawatan dari hospital yang berdekatan.
Aizat Sharif
Mon Jun 24 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mohd Khalil pengarah narkotik Bukit Aman
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.
JSJN terima alat kesan dadah 'TruNarc' daripada DEA Amerika Syarikat
Alat mudah alih bersaiz kecil itu mampu mengesan bahan yang disyaki mengandungi dadah sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk dalam tempoh kurang tiga minit.
Dadah bernilai RM15.3 juta di Pulau Pinang, Kedah dirampas, enam ditahan
Dalam serbuan di empat lokasi berbeza di Jelutong dan Kuala Nerang itu, polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 306 kilogram dan menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri.
Taktik baharu edar dadah melalui pos
Pengedar kini menghantar dadah terus kepada penagih melalui surat dalam kuantiti kecil yang ditempah melalui 'dark web'.
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan berkuat kuasa 9 April
Antara yang terlibat ialah Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Azman Yusof yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu dengan memangku pangkat CP.
Sindiket cuba sorok 52.8 kilogram syabu dalam bungkusan teh, tong ais tumpas
Cubaan sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan membungkus 52.8 kilogram dadah jenis syabu menggunakan bungkusan teh dan disimpan di dalam tong ais, gagal, apabila dihidu polis.
Anggota polis antara enam ditahan, dadah bernilai RM721,000 dirampas
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang wanita merupakan antara lapan individu yang ditahan dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah sekitar ibu negara dan Johor Bahru.
Dadah babitkan pelajar, masyarakat perlu main peranan - Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kerjasama semua pihak dalam menangani masalah dadah membabitkan pelajar sekolah.
Enam pegawai kastam ditahan disyaki bantu kongsi gelap seludup dadah
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Bernama.
Polis tahan ketua kumpulan kongsi gelap Double Seven
Polis menahan seorang lelaki dipercayai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.