awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 702,319 individu ditahan akibat dadah sejak 2014

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/11/2017
13:00 MYT
Seramai 702,319 individu ditahan akibat dadah sejak 2014
AHMAD ZAHID memberitahu seramai 702,319 individu ditahan polis atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah sepanjang 2014 hingga Oktober tahun ini. - Gambar fail
Seramai 702,319 individu ditahan polis atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah sepanjang 2014 hingga Oktober tahun ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, 21,731 individu adalah pengedar yang ditahan di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, manakala 27,914 merupakan warga asing.
"Dari segi jumlah sitaan barang-barang, hartanah dan harta pengedar dadah pula berjumlah RM346 juta manakala jumlah yang dilucutkan hak sebanyak RM46 juta," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, pada Isnin.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Siri Satu 2017.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, seramai 3,968 individu pula ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas hasil kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Pasukan polis juga telah menggeledah 106 makmal haram memproses dadah dengan tangkapan mereka yang mengendalikan makmal itu seramai 409 orang
"Selain serbuan ke makmal syabu yang turut menahan 32 individu, turut ditahan adalah makmal heroin (52), makmal ekstasi (21) dan dua ditahan kerana mengendalikan pengeluaran dadah jenis eramin-5," ujarnya.
Topic Berkaitan
#AADK
#Dadah
#ekstasi
#Eramin 5
#heroin
#polis
#Syabu
#Timbalan Perdana Menteri
#warga asing
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan