awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang pengawal keselamatan: Ahli perniagaan didakwa atas tuduhan membunuh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/09/2021
03:06 MYT
Serang pengawal keselamatan: Ahli perniagaan didakwa atas tuduhan membunuh
Ahmad Noor Azhar didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Foto BERNAMA
IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini meminda pertuduhan terhadap ahli perniagaan yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominum tahun lalu, daripada menyebabkan kecederaan parah kepada membunuh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33 tahun, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64 tahun, di tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff di sini, antara pukul 8 dan 9.30 pagi, 29 Disember, 2020.
Ahli perniagaan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Azalina Rasdi.
Tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala M Kulasegaran menjadi peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.
BACA: Balu pengawal keselamatan maut selepas diserang terima faedah Perkeso
BACA: Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh
Pada 6 Januari lalu, Ahmad Noor Azhar didakwa di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mangsa yang terlantar selepas kejadian, meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.
Bagi tuduhan awal di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya.
BACA: Kertas siasatan pengawal keselamatan diserang diserah semula kepada Pejabat Peguam Negara
BACA: Kes Thava Sagayam: Keadilan harus ditegakkan - Perdana Menteri
Topic Berkaitan
#tuduhan bunuh
#mahkamah majistret ipoh
#ahli perniagaan
#serang pengawal keselamatan
#Thava Sagayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan