awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu pengawal keselamatan maut selepas diserang terima faedah Perkeso

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
03/09/2021
10:29 MYT
Balu pengawal keselamatan maut selepas diserang terima faedah Perkeso
Saravanan menyampaikan faedah Perkeso kepada balu, E. Philomena, di Ipoh, hari ini. - Gambar/ Perkeso
IPOH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada balu pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas lama terlantar sakit akibat diserang penyewa di sebuah kondominium di Ipoh.
Perkeso dalam satu kenyataan berkata, mendiang S. Thava Sagayam, 64, merupakan pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) melalui pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.
Caruman mendiang juga memenuhi syarat kelayakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan membolehkan warisnya menerima bantuan faedah di bawah skim itu.
“Balu kepada mendiang layak untuk menerima tiga faedah Perkeso. Pertama, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) yang dibayar untuk sepanjang tempoh mendiang menerima cuti sakitnya iaitu dari tarikh mula kemalangan sehingga ke tarikh kematian berjumlah RM12,737.32.
“Waris mendiang juga layak untuk menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang dibayar secara bulanan untuk seumur hidup sebanyak RM1,143.90 dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000,” kata kenyataan tersebut.
BACA: Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh
Faedah-faedah tersebut telah diserahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan kepada balu mangsa, E. Philomena, 59, di rumahnya di Taman Buntong Ria di sini hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed; Ketua Pegawai Komunikasi Perkeso, Izad Raya dan Pengarah Perkeso Negeri Perak, Anthony Arul Dass.
Dalam kejadian 29 Disember lalu, Thava Sagayam, 64, yang bertugas di kolam renang kondomonium cedera di bahagian belakang kepala setelah diserang seorang lelaki.
Kejadian itu berpunca daripada tindakan lelaki itu yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anakny daripada menggunakan kolam renang yang ketika itu tidak dibuka kepada orang ramai.
Bagaimanapun, selepas lapan bulan menderita dan menjalani lapan pembedahan di kepala, Thava Sagayam menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada 27 Ogos lalu
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#kes bunuh
#perkeso
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan