KUALA LUMPUR: Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) mencapai tahap baharu kerana bahagian serangan pintar dan tempoh purata menyaksikan peningkatan mendadak sehingga 100 kali ganda, mencecah 3,000 minit, pada suku kedua tahun ini (S2 2022) berbanding dengan tahun sebelumnya, kata Kaspersky.
DDoS ialah jenayah siber yang mana penyerang membanjiri pelayan dengan trafik internet untuk menghalang pengguna daripada mengakses perkhidmatan dalam talian dan laman web.
Syarikat keselamatan siber global itu dalam laporan DDoS suku tahunannya, berkata bahagian serangan pintar hampir memecahkan rekod empat tahun, menyumbang hampir 50 peratus daripada jumlah itu dan pakar juga menjangkakan peningkatan dalam keseluruhan aktiviti DDoS, terutamanya dengan kejatuhan mata wang kripto baru-baru ini.
Ia berkata, serangan DDoS direka untuk menghalang fungsi normal laman web atau merosakkan sepenuhnya, yang biasanya menyasarkan institusi kerajaan, syarikat runcit atau kewangan, media atau organisasi lain.
"Mangsa akan kehilangan pelanggan kerana laman web telah hilang dan menjejaskan reputasi mereka.
"Berbanding dengan S1 2022, yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk DDoS sebagai hasil daripada aktiviti penggodam, angka S2 juga menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda," katanya.
Ia berkata beberapa serangan pada suku sebelum ini berlangsung selama beberapa hari atau minggu dengan rekod yang dicatatkan ialah 41,441 minit, iaitu kurang sedikit daripada 29 hari.
Pakar Keselamatan Kaspersky, Alexander Gutnikov berkata, adalah sangat mahal untuk meneruskan serangan dalam jangka masa yang lama, terutamanya jika ia tidak berkesan kerana disekat oleh penyelesaian perlindungan.
"Apabila robot internet (bot) yang boleh menjadi perisian hasad (malware) sentiasa aktif,ia boleh meningkatkan risiko kehilangan jaringan robot (botnet), kegagalan alat peranti (node) atau meningkatnya pengesanan dari pusat kawalan.
"Tempoh serangan yang ekstrem ini dan peningkatan bilangan serangan DDoS pintar dan bersasar membuatkan kami tertanya-tanya tentang keupayaan, gabungan profesional dan sumber pembiayaan pelakunya," katanya.
Kaspersky berkata laporan itu menunjukkan bahawa setiap serangan kedua pada S2 2022 yang dikesan oleh produk Kaspersky adalah pintar, bermakna pelakunya melakukan persediaan yang agak canggih.
Ia berkata dari segi jumlah serangan DDoS, S2 menyaksikan lebih rendah daripada S1 yang merupakan fenomena biasa kerana penurunan dalam aktiviti DDoS akan berlaku apabila musim panas semakin hampir.
Bagaimanapun, menurut sistem Perisikan DDoS Kaspersky, dinamik bilangan serangan DDoS dalam suku tersebut tidak sepadan dengan corak biasa tahun ini.
Ia berkata aktiviti botnet terus berkembang sepanjang S2 selepas kelembapan pada penghujung S1, menyebabkan lebih banyak aktiviti pada bulan Jun berbanding April dan ini konsisten dengan penurunan mata wang kripto, yang biasanya merangsang DDoS.
"Kejatuhan mata wang kripto bermula dengan kejatuhan Terra (Luna) dan hanya mendapat momentum sejak itu.
"Pelbagai faktor menunjukkan bahawa kecenderungan itu mungkin berterusan, contohnya, pelombong kripto menjual ladang pada harga rendah kepada pemain," kata Gutnikov.
Beliau menambah bahawa ini boleh membawa kepada lonjakan dalam aktiviti DDoS global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

DDoS ialah jenayah siber yang mana penyerang membanjiri pelayan dengan trafik internet untuk menghalang pengguna daripada mengakses perkhidmatan dalam talian dan laman web. - Gambar hiasan

Basmi Dadah | Kerjasama menyeluruh tingkatkan kesedaran awam
Kerjasama kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dalam membasmi ancaman dadah dalam negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, cabaran utama ketika ini adalah pengulangan dalam kalangan penagih.

Secara Kontrak | Tan Sri Mohd Zuki Ali terus berkhidmat sehingga 10 Ogos 2024
Tan Sri Mohd Zuki Ali akan meneruskan khidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara, KSN secara kontrak selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lantikan tersebut adalah selama 2 tahun berkuat kuasa 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Menteri Luar Saifuddin syor Duta Khas ke Myanmar diberi tempoh tugas 'lebih dari setahun'
Saifuddin mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

Serangan DDoS naik 100 kali ganda, catat 3,000 minit pada suku kedua 2022 - Kaspersky
Penyerang membanjiri pelayan dengan trafik internet untuk menghalang pengguna daripada mengakses perkhidmatan dalam talian dan laman web.

Facebook alami gangguan terbesar, Whatsapp, Instagram turut terkesan
Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Serangan DDoS merupakan ancaman kepada perniagaan
Pelbagai sektor termasuk pendidikan, media dan perkhidmatan kewangan sentiasa menjadi fokus utama serangan.