NATIONAL
Serangan di Jakarta: PDRM tingkatkan kewaspadaan ke tahap tertinggi - KPN

Selepas insiden itu di ibu negara Indonesia, beliau berkata langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong. - Gambar Fail
Susulan insiden pengeboman di Jakarta, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam kenyataan selepas insiden itu di ibu negara Indonesia, beliau berkata langkah-langkah keselamatan telah dilaksanakan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong.
"Langkah berjaga-jaga tambahan akan dilaksanakan di kawasan sempadan untuk menghalang kemungkinan penyusupan elemen-elemen keganasan," katanya.
Beliau menegaskan mereka yang berada dalam pemantauan polis kerana dicurigai berkaitan aktiviti pengganas, juga akan dipantau dengan teliti.
Menurutnya polis mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua anggota polis di seluruh negara berada dalam kewaspadaan dari semasa ke semasa.
"Kami sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini bagi memastikan keselamatan dan sekuriti rakyat terjamin," kata beliau.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya enam orang termasuk tiga anggota polis terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jakarta harin ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami