MALAYSIA
Serangan Israel ke atas Qatar tidak beri impak langsung kepada perdagangan, industri minyak Malaysia - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul bercakap kepada pemberita selepas pelancaran MyAERO Summit 2026 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) Malaysia di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Serangan Israel ke atas Qatar tidak memberi impak langsung kepada Malaysia, terutamanya industri minyak dan perdagangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ringkasan AI
- Serangan Israel ke atas Qatar tidak jejaskan Malaysia, termasuk industri minyak, perdagangan dan aeroangkasa, kata Menteri MITI Tengku Zafrul.
- Situasi Asia Barat dipantau, namun setakat ini tiada impak terhadap aliran perdagangan atau pelaburan negara.
- Rundingan FTA Malaysia-EU diteruskan, pusingan kedua dijadual November, dengan pengiktirafan MSPO oleh EU dijangka memudahkan perjanjian.
Mengenai sektor aeroangkasa, beliau berkata insiden terkini di Asia Barat, termasuk serangan udara oleh Israel, tidak memberi impak terhadap industri aeroangkasa Malaysia.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan memudah cara kemajuan dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU.
Beliau berkata pusingan kedua rundingan FTA dengan EU dijadualkan pada November.
"Kami percaya FTA ini akan membantu mengurangkan kesukaran dan cabaran dalam perdagangan dan pelaburan antara EU dan Malaysia," katanya.
Pusingan pertama rundingan FTA telah diadakan di Brussels, Belgium dari 30 Jun hingga 4 Julai 2025, melibatkan 21 bab yang sedang dalam rundingan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami