awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menjelang konsert mega, Ella fokus vokal, kesihatan dan rehat
Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi
Indonesia adakan sidang Isbat 17 Feb, tentukan permulaan Ramadan

Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi

Seth Akmal
Seth Akmal
30/01/2026
06:45 MYT
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
Rafizi berkata beliau memahami secara realistik jawapan Saifuddin namun bertegas akan menunggu sebarang perkembangan siasatan tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli berhasrat untuk mengirim surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes melibatkan serangan ke atas anaknya.
Bekas Menteri Ekonomi itu turut bercadang untuk mengusulkan status Tiada Tindakan Lanjut (NFA) kerana tiada sebarang perkembangan dimaklumkan selepas enam bulan serangan tersebut berlaku.
“Kalau dirasakan siasatan ini tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM untuk mengusulkan supaya siasatan ini dihentikan dan NFA-kanlah sahaja kes ini,” katanya melalui hantaran di Instagram miliknya hari ini.
Menurut Rafizi, beliau hanya mengetahui perkembangan siasatan daripada laporan media sahaja iaitu pada November lalu.
Saifuddin melalui jawapan bertulis di Parlimen pada Selasa lalu menyatakan KDN tidak akan mendedahkan secara terbuka maklumat siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan itu di Dewan Rakyat atas alasan dikhuatiri akan mengganggu proses pengesanan suspek, selain boleh menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan tanpa kompromi dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi KDN dan PDRM kelak.
“Saya berterima kasih kepada jawapan Menteri KDN itu sebab ia mengesahkan dua perkara iaitu perjumpaan dengan saya pada 1 Dis dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu,” kata Rafizi ketika mengulas mengenai jawapan Saifuddin.
Namun begitu Rafizi memahami secara realistik jawapan Saifuddin namun bertegas akan menunggu sebarang perkembangan siasatan tersebut.
Tambahnya, beliau dan keluarganya turut reda dan berdoa daripda bergantung kepada budi bicara manusia agar insiden sebegini tdak berulang kepada sesiapa sahaja di negara ini.
“Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang itu, yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka. Mereka tahu apa jawapan nak diberi satu hari nanti,” katanya lagi.
Dalam kejadian 13 Ogos tahun lalu, anak lelaki tunggal Rafizi yang berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
PDRM melaporkan 19 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga, pemandu dan pekerja Rafizi selain pihak pengurusan premis.


Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Rafizi Ramli
#Perdana Menteri
#anak Rafizi
#NFA
#Tiada Tindakan Lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.