GAZA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan serangan tentera Israel ke atas konvoi ambulans di Gaza pada Jumaat, katanya dalam satu kenyataan.
"Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati.
"Orang awam dan infrastruktur awam, termasuk pekerja kemanusiaan dan perubatan mesti dilindungi. Orang awam juga tidak boleh digunakan sebagai perisai," kata Guterres.
Serangan udara Israel ke atas konvoi ambulans berhampiran Hospital al-Shifa di Semenanjung Gaza mengorbankan 15 orang dan mencederakan 60 yang lain.
Konvoi ambulans sedang membawa pesakit yang cedera parah dari Hospital Al-Shifa ke sempadan Rafah .dengan Mesir apabila ia menjadi sasaran dalam serangan Israel, kata Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza.
Israel mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas tersebut dengan alasan ia digunakan oleh Hamas, menurut satu kenyataan dari Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
“Serangan mengenai ambulans yang dikenal pasti digunakan oleh Hamas. Kami mempunyai maklumat yang menunjukkan kaedah operasi Hamas adalah dengan memindahkan pengganas dan senjata dalam ambulans," kata kenyataan itu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata salah sebuah ambulansnya berada dalam konvoi tetapi tiada anggota pasukannya cedera dalam serangan itu.
Agensi
Sat Nov 04 2023
Serangan udara Israel ke atas konvoi ambulans di Semenanjung Gaza mengorbankan 15 orang dan mencederakan 60 yang lain. - REUTERS
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.