KUALA LUMPUR: Persembahan yang menghiburkan dan gelombang semangat kecergasan akan menghiasi Kuala Lumpur pada Batik Fun Walk, pada 22 Oktober 2023.

Batik Fun Walk 2023 dijangka menghimpunkan ribuan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat yang berkongsi satu hasrat - meraikan keindahan batik sambil menjalankan aktiviti kecergasan.

Acara tersebut akan bermula dan tamat di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), memberikan peserta peluang untuk menghayati keindahan bandar raya Kuala Lumpur semasa menjalani aktiviti riadah melalui laluan yang menarik.

Peserta akan merentasi Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Persiaran Petronas, dan kemudian memasuki Jalan Ampang sebelum kembali ke Lanai, MaTiC sejauh 3.8 kilometer.

Aktiviti akan bermula pada 6:30 pagi dengan pendaftaran para peserta sebelum perasmian dan pelepasan peserta akan dilakukan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Kategori penyertaan juga dipelbagaikan bagi Batik Fun Walk 2023 melibatkan Peserta Paling Muda, Peserta Paling Tua, Penyertaan Kumpulan Paling Ramai, Kumpulan Berpakaian Batik Paling Kreatif, Individu Berpakaian Batik Paling Kreatif, Keluarga Berpakaian Batik Paling Kreatif, dan bukan sahaja itu, terdapat juga ganjaran kepada pemenang hadiah utama dan cabutan bertuah yang menanti peserta yang terlibat.

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), dengan sokongan strategik daripada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) serta Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), yang turut disokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Para penaja utama bagi Batik Fun Walk 2023 adalah Victoria Station Sdn Bhd, Restoran Nasi Lemak Saleha, Eau Claire Sdn Bhd, Fraser & Neave Holding Berhad, Beiersdorf (M) Sdn Bhd, The Store Corporation Berhad, RHR Hospitality Sdn Bhd, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd, Expomal International Sdn Bhd, Enrich Fitness (M) Sdn Bhd, Mara Liner Sdn Bhd, dan Dewina Holdings.

Orang ramai berminat untuk menyertai Batik Fun Walk 2023 boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://bit.ly/Batikfunwalk2023 atau Ticket2U - Batik Fun Walk 2023.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman sosial Facebook.com/BATIKFUNWALK dan instagram.com/batikfunwalk.