Penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia merupakan salah satu keputusan paling bijak yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat negeri itu pada 53 tahun lepas, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Misal, katanya, ketika negeri itu di bawah ancaman pengganas komunis dan konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia oleh Presiden Sukarno terhadap Malaysia, maka masa itu pasukan keselamatan daripada Semenanjung Malaysia yang mempertahankan negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat kebangsaan di tapak lapangan terbang lama di sini, malam ini.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
"Kami tidak mempunyai benteng pertahanan pada masa pembentukan Malaysia pada 1963. Kami tidak mempunyai pasukan keselamatan untuk mempertahankan diri.
"Rejimen Askar Melayu dan Renjer Malaysia berjuang untuk kami dan membebaskan kami daripada cengkaman komunis dan Sukarno," katanya.
Katanya, usaha itu harus diperakui sebagai sebahagian daripada catatan sejarah negeri Sarawak.
Walaupun, Sarawak juga telah menikmati pembangunan dan kemajuan yang pesat, namun, katanya, masih terdapat usaha perlu dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembangunan dengan negeri-negeri di Semenanjung.
"Tetapi biar kita tidak menyentuh aspek negatif. Marilah kita menghargai apa yang telah dilakukan setakat ini.
"Kami juga mempunyai barisan pemimpin yang memahami keperluan dan aspirasi kami terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat prihatin kepada kami.
"Beliau telah melawat kami lebih 60 kali sejak menjadi perdana menteri. Beliau turut memberikan kita Projek Lebuhraya Pan Borneo," katanya.
Menurut Adenan, Najib perlu diberi peluang untuk membawa Sarawak dan Sabah ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat.
"Kami memuji anda (Najib) kerana apa yang telah kamu lakukan. Kami berharap anda akan melakukan lebih banyak untuk kami," kata Adenan. -Bernama
Bernama
Fri Sep 16 2016
Penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia merupakan salah satu keputusan paling bijak yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat negeri itu pada 53 tahun lepas, kata ketua menteri Tan Sri Adenan Satem (kiri). -Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.