1. SOLIDARITI dan sokongan untuk Palestin

Kekejaman yang mengerikan dan penindasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin di tangan Zionis sejak 74 tahun lalu adalah satu noda pada hati nurani moral seluruh masyarakat antarabangsa.

Kewajipan untuk bersolidariti dengan warga Palestin serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan mereka untuk memperolehi hak keadilan, kebebasan serta menamatkan penindasan terhadap mereka adalah tanggungjawab yang melampaui kaum, agama dan kepercayaan.

2. Penolakan sebarang usaha normalisasi hubungan dengan negara aparteid Israel 

Israel adalah negara yang sedang melakukan jenayah aparteid terhadap warga Palestin. Hakikat ini disahkan oleh 4 organisasi antarabangsa iaitu:

i) Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB di Asia Barat (ESCWA)
ii) B’Tselem, sebuah kumpulan pembela hak asasi manusia di Israel
iii) Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch)
iv) Amnesty International

Israel sedang berusaha untuk mendapatkan pengikitirafan diplomatik dan normalisasi hubungan dari lebih banyak negara.

Ini akan sekali gus memberikannya kehormatan walaupun ia sedang melakukan pencabulan jenayah hak asasi manusia terhadap warga Palestin.

Malaysia sememangnya antara negara yang menjadi sasaran Israel untuk hubungan normal.

Jenayah aparteid di bawah undang-undang antarabangsa moden dikategorikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

Untuk memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada negara apartheid adalah sama kejamnya dengan mengamalkan aparteid itu sendiri.

Oleh itu, Malaysia mesti menolak sebarang langkah normalisasi dengan Israel. Malaysia harus tegas dalam menolak aparteid Israel seperti mana Malaysia pernah menolak dan menentang rejim apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu.

3. Ancaman keselamatan negara daripada Israel

Beberapa kejadian telah berlaku di negara kita yang menunjukkan bahawa negara Zionis Israel telah dan sedang mencuba untuk menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Paling membimbangkan ialah kejadian terkini di mana warganegara Malaysia telah diupah untuk menjayakan usaha agensi perisikan Israel Mossad.

Begitu juga dengan laporan pemerolehan perisian pegintipan NSO/Pegasus oleh agensi keselamatan dalaman Malaysia dari pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi perisikan Israel.

Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh mana-mana parti mesti mengambil langkah segera untuk menghapuskan ancaman sedemikian terhadap keselamatan negara kita serta memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tiada tindakan, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah diambil yang akan menyebabkan keselamatan negara terdedah kepada penembusan oleh pihak Zionis Israel.

Oleh itu, kami, organisasi yang tersenarai di bawah ini, menyeru kepada SEMUA CALON DAN PARTI POLITIK yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 untuk mengisytiharkan:

1. Solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin dalam perjuangan murni mereka untuk mendapat kebebasan dan keadilan serta memberi sokongan yang berterusan kepada sebarang langkah ke arah mencapai objektif itu.

2. Mana-mana kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 akan mengamalkan pendirian yang jelas dan tidak berbelah bahagi untuk meneruskan polisi tidak mengiktiraf negara apartheid Zionis Israel dan dengan itu menolak sebarang usaha normalisasi hubungan dengannya.

3. Mana-mana kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menggagalkan sebarang usaha untuk menjejaskan keselamatan negara Malaysia oleh negara Zionis Israel.

25 Oktober 2022

Senarai Penyokong Seruan:
1. BDS Malaysia
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
4. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Professionals Forum
7. Viva Palestina Malaysia
8. Yayasan Ikram Malaysia
9. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
10. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
11. Aliansi Masjid Sedunia Mempertahan Masjid Al Aqsa
12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysi (PKPIM)
13. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
14. MyCARE
15. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
16. CENTHRA Malaysia
17. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
18. Malaysia for Palestine (M4P)
19. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
20. Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)
21. MyAqsa Defenders
22. Muslim Care Malaysia
23. PCOM
24. MAHABBAH MALAYSIA
25. RumahNgaji Negeri Sembilan (RNNS)
26. Wanita PERKIM Seremban (WPS)
27. Citizens International (CI)