Skip to main content

Malaysia

Sesak 20 kilometer di PLUS arah selatan akibat kemalangan

Kemalangan di KM274.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran R&R Seremban menyebabkan kesesakan trafik hampir dua jam. Foto Media Sosial
Kemalangan di KM274.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran R&R Seremban menyebabkan kesesakan trafik hampir dua jam. - Foto Media Sosial

SHAH ALAM: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdepan kesesakan trafik hampir dua jam susulan kemalangan di Kilometer (KM) 274.1 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Menurut Plusline1800880000, kejadian berlaku di lorong paling kanan, sekali gus menyebabkan aliran trafik terganggu, ditambah dengan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi.

Advertisement

Kesesakan mula dikesan sekitar jam 10 pagi membabitkan laluan dari Bandar Putra Mahkota hingga ke lokasi kejadian sebelum kenderaan terlibat dialihkan ke lorong kecemasan.

Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Aliran trafik dilaporkan kembali terkawal sepenuhnya pada jam 11.41 pagi selepas kesesakan berlarutan hampir dua jam.

Sehingga jam 12.10 tengah hari, pergerakan trafik dari arah Southville City menuju Seremban masih perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan pada hari kedua Aidilfitri.

Pada masa sama, aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Bandar Putra Mahkota ke Nilai, seterusnya ke Bandar Ainsdale dan dari Bandar Ainsdale ke Hentian Sebelah Senawang.

PLUS menjangkakan kesesakan akan berterusan hingga lewat petang berikutan aliran trafik tinggi, namun laluan dari arah selatan menuju ke ibu negara dilaporkan lancar setakat ini. -- Sinar Harian
 

Must Watch Video