awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan

Bernama
Bernama
26/06/2024
20:15 MYT
SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik di WIlayah Persekutuan Labuan susulan gangguan bekalan gas kerana penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) milik Petronas untuk tujuan penyenggaraan.
LABUAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik ke Wilayah Persekutuan Labuan susulan gangguan bekalan gas kerana penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) milik Petronas untuk tujuan penyenggaraan di pulau bebas cukai itu..
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan, Adrian Mosigil berkata, gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.
"SESB telah mendapat makluman mengenai penutupan GRT1 di pulau ini dari 26 Jun hingga 2 Julai 2024 bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, walaupun kapasiti penjanaan ke Grid Sabah akan terjejas, SESB akan memastikan rizab marjin penjanaan mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan elektrik di Labuan.
SESB Zon Labuan telah menerima makluman tersebut dan akan berada dalam keadaan bersiap sedia dalam memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SESB
#gangguan bekalan gas
#Labuan
#Sabah Electricity Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan