awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi menghadap Raja Perlis fokus isu kesejahteraan dan pembangunan negeri - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2024
15:47 MYT
Sesi menghadap Raja Perlis fokus isu kesejahteraan dan pembangunan negeri - PM Anwar
Anwar diterima menghadap di Wad Diraja Hospital Tuanku Fauziah di Kangar. -Gambar @AnwarIbrahim
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada Isnin.
Dalam sesi pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam itu, kata Anwar, beliau berbincang banyak perkara bersama baginda termasuk bertukar pandangan berkaitan hal ehwal kesejahteraan dan pembangunan rakyat di Perlis.
"Banyak yang kami bicarakan dalam pertemuan selama lebih satu jam, termasuk bertukar pandangan terkait hal ehwal kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan di Perlis yang memerlukan tumpuan khusus Kerajaan Persekutuan.
"Penghargaan setingginya atas kesudian menerima patik menghadap hari ini.
"Mendoakan kesembuhan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku, Insya-Allah," katanya dalam perkongsian di laman sosial X.
Menghadap DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar. Banyak yang kami bicarakan dalam pertemuan selama lebih satu jam, termasuk bertukar pandangan terkait hal ehwal kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan di Perlis yang pic.twitter.com/aFRm6s59Og
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 1, 2024
Pertemuan beliau bersama Tuanku Syed Sirajuddin diadakan di Wad Diraja Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.
Beliau yang hadir bagi melakukan kunjungan ke negeri Indera Kayangan itu turut berkesempatan menghadiri Taklimat Pembangunan Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).
Turut menyertai taklimat itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli termasuk barisan exco kerajaan negeri, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan pentadbiran kanan negeri.
Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya menyertai tinjauan di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum hadir ke Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda di Felda Chuping.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#barisan pentadbiran
#bertukar pandangan
#tumpuan khusus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan