MALAYSIA
Sesi penerangan pembangunan Kampung Sungai Baru di Dewan Rakyat Khamis ini - Dr Zaliha

Dr Zaliha (foto) akan beri penerangan khas di Parlimen pada Khamis berhubung pembangunan semula Kampung Sungai Baru. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan memberi penerangan khusus berhubung pembangunan semula Kampung Sungai Baru pada Khamis ini di Parlimen, termasuk langkah memastikan penduduk menerima hak mereka dan entiti Melayu kekal di kawasan berkenaan.
Ringkasan AI
- Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan beri penerangan khas di Parlimen pada Khamis berhubung pembangunan semula Kampung Sungai Baru.
- Kerajaan sedang teliti model pembangunan ekonomi kreatif dan lestari untuk kekalkan komuniti Melayu di bandar, termasuk Kampung Baru.
- Perbincangan dengan pemaju dan GLC seperti UDA Holdings sedang dijalankan bagi pastikan penduduk yang menunggu lebih sembilan tahun menerima rumah mereka.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu status terkini Kampung Sungai Baru yang dikategorikan sebagai Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
Dr Zaliha berkata perbincangan sedang dijalankan dengan pemaju dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk UDA Holdings Berhad bagi mencari bentuk kerjasama terbaik untuk projek itu.
"Yang penting bagi saya ialah memastikan penduduk yang telah bersetuju diberikan rumah yang mereka tunggu lebih sembilan tahun," katanya sambil menegaskan kerajaan komited menjadikan pembangunan dua kampung bersejarah itu sebagai pemangkin kemajuan Kuala Lumpur tanpa menjejaskan nilai warisan Melayu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami