KUALA LUMPUR: Hari ini bermula sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 untuk semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022, bermula 2 Januari 2022 bagi kumpulan A dan 3 Januari untuk kumpulan B.

Sekolah-sekolah negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala negeri selebihnya adalah dalam sekolah kumpulan B.

Kalendar akademik sesi 2022/2023 ialah pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan B.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata, sesi persekolahan 2022 kekal pada Mac tahun depan sebagaimana yang diputuskan KPM.

Keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam dengan pelbagai pihak termasuk beberapa pakar, wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di samping pengetua dan guru besar.

Ketetapan itu, kata Radzi merupakan langkah efektif dalam mendepani situasi pandemik COVID-19 ketika ini dan tempoh tersebut itu dapat memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya.