SAN FRANCISCO: Negara seperti Malaysia dan kumpulan serantau seperti ASEAN tidak harus dipaksa melihat dunia ini dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keadaan pada masa ini adalah lebih berkecamuk dan kompleks, yang memerlukan negara-negara sama ada besar atau kecil untuk berganding bahu serta bekerjasama dan tidak melakukan sebaliknya.
Oleh kerana itu mengapa pertemuan di antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah penting.
"Ia harus memberikan satu mesej jelas bahawa kita boleh bekerjasama dan percaya antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah serius seperti Perubahan Iklim," katanya dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan "The Global Economy and State of The World," di sini pada Rabu.
Terlalu banyak isu kontroversi yang sedang dihadapi, kata Anwar yang memberi contoh seperti peperangan di Ukraine dan Gaza.
"Anda mesti mencuba dan menerima hakikat bahawa anda mungkin tidak dapat mencapai kesemua hasil yang diinginkan tetapi libat urus ini adalah penting untuk dicuba dan mewujudkan bidang yang boleh dilaksanakan.
"Negara seperti Malaysia dan ASEAN tidak boleh dipaksa untuk melihat dunia dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin," katanya.
Perdana Menteri menekankan kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan China sama penting bagi Malaysia.
"Amerika Syarikat merupakan rakan tradisi dan pelabur utama di Malaysia tetapi berlaku perubahan dan terdapat peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan dari China.
Jadi mengapa kemudian meletakkan kami dalam keadaan yang sukar, satu mainan campur-tolak. Untuk manfaat negara-negara membangun dan juga untuk Barat dan Timur, saya percaya penyelesaiannya sudah tentu kerjasama yang lebih hebat," katanya.
"Pemimpin bijak dengan wawasan dan komitmen. Kita harus berkongsi idea dan boleh menyelesaikan isu-isu dengan lebih berkesan," katanya.
Anwar tiba di sini pada Isnin (13 Nov) untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dari 14 hingga 17 Nov, yang merupakan penampilan sulung beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat itu.
Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selain pegawai-pegawai kanan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
![Set minda Perang Dingin perlu dinoktahkan - PM Anwar Set minda Perang Dingin perlu dinoktahkan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700085891_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar ketika sesi soal jawab pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ke-30 di San Francisco, 15 Nov 2023. - Foto ihsan APEC CEO Summit
![Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718701646_tikambunuh.jpg)
Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.
![Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat petang ini Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718703639_TBhujan.jpg)
Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat petang ini
Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa.
![Warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman Warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718703702_tikambunuh.jpg)
Warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan seorang lelaki dalam keadaan muka bercalar dan tidak sedarkan diri pada 1.23 pagi.
![Korea Selatan dakwa tentera Korea Utara lintasi sempadan Korea Selatan dakwa tentera Korea Utara lintasi sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718703473_SouthKoreaFLag.jpg)
Korea Selatan dakwa tentera Korea Utara lintasi sempadan
Korea Selatan bertindak melepaskan tembakan amaran menyebabkan tentera Korea Utara segera berundur.
![Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718703027_TBKetuaPolis.jpg)
Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.
![Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000 Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718702873_TBstreptococcus.jpg)
Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000
STSS, juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan Streptokokus Kumpulan A.
![Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Wisma Putra komited kesan rakyat Malaysia 'hilang' di luar negara
Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran.
![Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718701781_bayi.jpg)
Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid
Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.
![Lapan pesakit ICU maut dalam kebakaran hospital Lapan pesakit ICU maut dalam kebakaran hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718700881_Lapanmautdalamkeb.jpg)
Lapan pesakit ICU maut dalam kebakaran hospital
Lapan orang terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.
![Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715767683_tbMAHBlogo.jpg)
Projek aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Jan 2025 - MAHB
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata jangkaan itu adalah dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.
!['Belum tiba masa bawa orang luar ajar bahasa Inggeris' - Johan Jaaffar 'Belum tiba masa bawa orang luar ajar bahasa Inggeris' - Johan Jaaffar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689245928_TBTANSRIJOHAN.jpg)
'Belum tiba masa bawa orang luar ajar bahasa Inggeris' - Johan Jaaffar
Membawa guru bahasa Inggeris dari luar negara bukan satu penyelesaian dalam memantapkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar di Malaysia.
![Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar
Malaysia akan terus meneruskan rundingan dua hala dan mulitlateral dalam menangani sebarang isu yang dihadapi negara jiran ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718696536_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah
Bekas guru agama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin sejak usia kanak-kanak lagi.
![PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718694412_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil
Anwar mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS kepada Presiden Brazil.
![Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718688925_UstazahSalmah.jpg)
Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat
Kenaikan tambang pengangkutan dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura membuktikan penyasaran subsidi wajar diteruskan, kata Anwar.
![Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718686711_TBTENGKUZAFRULPROFIL.jpg)
Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.
![Malaysia bersedia sertai BRICS - PM Anwar Malaysia bersedia sertai BRICS - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718079341_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia bersedia sertai BRICS - PM Anwar
Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS (blok ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, kata Perdana Menteri
![PM China lawat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China PM China lawat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693998978_TBLIQIANG.jpg)
PM China lawat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China
Li dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
![Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610055_tbsolatsunatAidila.jpg)
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
![Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718598491_AnwarIbrahim.jpg)
Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.