awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2024
09:10 MYT
Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid
Bayi yang diselimuti telekung dan diletakkan di atas sejadah ditemui di ruang solat wanita di masjid berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
LIPIS: Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, bayi yang diselimuti telekung dan diletakkan di atas sejadah ditemui di ruang solat wanita di masjid berkenaan oleh jemaah.
Menurutnya, polis menerima laporan penemuan bayi itu kira-kira jam 5.30 pagi.
"Bayi berkenaan dalam keadaan baik, sempurna dan masih mempunyai tali pusat ketika ditemui.
"Kini, bayi terbabit telah ditempatkan di Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau memaklumkan, pihak polis masih mengesan ibu bapa kepada bayi tersebut bagi mengetahui punca sebenar ia ditinggalkan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kita memohon individu mempunyai maklumat, tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Lipis 09-31 21999," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jumpa bayi
#lipis
#Masjid Kampung Lubuk Kulit
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan