awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar

Bernama
Bernama
18/06/2024
08:45 MYT
Malaysia tegas guna rundingan selesaikan perbezaan - Anwar
Anwar menegaskan bahawa pendirian Malaysia adalah jelas dan ia tidak akan membenarkan campur tangan daripada mana-mana kuasa luar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus meneruskan rundingan dua hala dan mulitlateral dalam menangani sebarang isu yang dihadapi negara jiran ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia akan terus meneruskan rundingan dua hala dan multilateral untuk menangani isu-isu dengan negara jiran ASEAN tanpa campur tangan kuasa luar.
  • Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk menangani sebarang ketegangan dengan Singapura, Thailand, atau Brunei secara langsung tanpa campur tangan pihak ketiga.
  • Dalam konteks konflik Israel-Palestin, Anwar menyoroti keperluan untuk mempertahankan keadilan, menentang penjajahan, dan apartheid. Beliau menegaskan bahawa Malaysia menolak naratif Barat yang cuba mengawal wacana global, mempertahankan hak negara merdeka untuk bersuara dalam isu global.

Dalam temu bual dengan media China Guancha, Anwar menegaskan bahawa pendirian Malaysia adalah jelas dan ia tidak akan membenarkan campur tangan daripada mana-mana kuasa luar.
ASEAN secara keseluruhannya lebih suka mengambil kedudukan sedemikian daripada membiarkan kuasa luar mengenakan apa-apa syarat, katanya.
"Dasar kita jelas. Tiada ketegangan yang mendasari. Memang ada beberapa cadangan kontroversi dan kita katakan, okay, mari kita bincangkannya secara dua hala atau pelbagai hala dalam ASEAN.
"Pendirian kami ialah anda perlu berunding dalam kalangan rakan-rakan dan tidak ada sebab untuk pasukan luar campur tangan," katanya.
Sebagai contoh, Anwar berkata jika Malaysia menghadapi masalah dengan Singapura, Thailand atau Brunei, beliau tidak mahu pihak ketiga campur tangan tetapi sebaliknya, adalah penting bagi pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya secara baik.
"Ini adalah pendirian yang jelas. Saya tidak akan sesekali mengeluh di mana-mana, menyukarkan keadaan atau mewujudkan suasana tidak percaya, yang mula muncul di beberapa negara ASEAN.
"Malah mengenai isu Myanmar, kami berkata perlu ada konsensus untuk kerjasama dan jiran boleh berunding secara senyap-senyap," katanya.
Dalam temu bual itu, Anwar juga bercakap mengenai konflik Israel-Palestin, menekankan bahawa konflik yang sedang berlaku adalah mengenai persoalan keadilan, penjajahan dan apartheid.
"Orang terus bercakap tentang 7 Okt, yang mengganggu saya. Adakah anda ingin memadamkan sejarah selama 70 tahun dengan mengulang-ulang pada satu peristiwa?
"Inilah naratif Barat. Anda lihat, ini adalah masalah dengan Barat. Mereka mahu mengawal wacana, tetapi kita tidak boleh lagi menerimanya kerana mereka bukan lagi kuasa penjajah dan negara merdeka harus bebas bersuara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hubungan dua hala
#China
#dasar luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan