awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Set pertama aerotrain KLIA di China hampir 90 peratus siap - Anthony Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
05:50 MYT
Set pertama aerotrain KLIA di China hampir 90 peratus siap - Anthony Loke
Anthony berkata, kilang itu merupakan satu usaha sama antara syarikat Alstom dengan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC). - Gambar/ FB Anthony Loke
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meninjau perkembangan perkhidmatan penggerak penumpang automasi atau aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kilang pemasangannya di Wuhu, China.
Beliau berkata, kilang itu merupakan satu usaha sama antara syarikat Alstom dengan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC).
“Saya datang untuk meninjau pembinaan dan pemasangan aerotrain, difahamkan set pertama ini hampir siap 90 peratus.
“Reka bentuk sama seperti sebelumnya iaitu tidak mempunyai tempat duduk untuk menghubungkan hanya dua terminal dalam jarak yang agak dekat,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.
Sebelum ini, kemudahan aerotrain KLIA yang menyambungkan antara Terminal Utama dan Terminal Satelit telah diberhentikan kerana projek menaik taraf sedang dilaksanakan.
Anthony memaklumkan, meskipun ia tidak mempunyai tempat duduk, namun terdapat penambahan daripada segi keluasan dan kerusi bagi golongan warga emas.
Beliau turut berharap agar Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dapat menyelesaikan isu kontrak dengan pihak kontraktor dan projek tersebut dapat disiapkan dengan kadar segera. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aerotrain KLIA
#China
#kilang pemasangan
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan