awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap penjawat awam ada khidmat, jasa dalam bawa perubahan negara

Faida Rahim
Faida Rahim
03/01/2025
01:20 MYT
Setiap penjawat awam ada khidmat, jasa dalam bawa perubahan negara
Anwar ketika berucap di Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. - Foto Facebook
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam dalam membawa perubahan menyeluruh untuk negara, kesemuanya memerlukan kerjasama tenaga daripada setiap peringkat.
Anwar turut mengingatkan setiap penjawat awam mempunyai khidmat dan jasa masing-masing sekali gus memainkan peranan tersendiri dalam membawa perubahan.
"Kita tahu untuk bawa perubahan menyeluruh itu memerlukan setiap tenaga, setiap pengorbanan dan perit jerih. Sama ada orang di lapangan atau di sempadan atau di perbatasan, ada yang beruniform, ada yang tidak. Tetapi semuanya mempunyai khidmat dan jasa.
"Seperti mana yang pernah saya imbau sebelum ini, bila kita bicara soal kejayaaan menangani permasalahan COVID-19, itu bukan sahaja kepakarannya, kemahirannya, kelengkapannya, tetapi juga tukang cuci, teknikal, yang menyediakan, membersihkan, dan harus ada sikap di kalangan kita.
"sentiasa ingat bahawa kejayaan itu ialah kejayaan semua daripada peringkat setinggi-tingginya sehingga serendah-rendahnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Jumaat.
Tambah Anwar, atas sebab itu ketika mengemukakan skim perkhidmatan baharu (SSPA), beliau selalu menekankan kepada rakan pimpinan dan pimpinan penjawat awam bahawa pendekatan Kerajaan MADANI harus melakukan sedikit anjakan.
"Supaya fokus itu lebih ke bawah, kerana kesenjangan itu kian melebar. Kesenjangan pendapatan di kalangan tertinggi dengan yang rendah itu melebar, ia tidak akan memberikan rasa puas dan selesa di kalangan penjawat awam," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#penjawat awam
#perubahan
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan