KUALA LUMPUR: Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ini terutama sekali dalam menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat dan mengangkat kembali martabat negara ini.
"Usaha dan pendekatan yang diambil tidak akan membawa hasil yang segera, tetapi apa yang pasti rakyat mendapat manfaat dalam tempoh jangka masa panjang," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau menyempurnakan penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat di Putrajaya, yang menjadi kesinambungan daripada Pemukiman Jemaah Menteri bulan lepas.
Perdana Menteri berkata beliau meletakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak kerja Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat yang mempunyai peranan penting menyebar luas dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.
Beliau turut melahirkan keyakinan pemukiman itu dapat memperbaiki dan memperkukuh usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan terus kepada rakyat.
Turut hadir dalam program pemukiman selama dua hari yang bermula semalam itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Anwar berkata, Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan. - Gambar fail
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
PM zahir ucapan takziah atas pemergian Abdul Wahab
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali yang meninggal dunia pada 5.42 petang tadi.
Saya hilang kepercayaan terhadap kerajaan - Bekas SUA Zuraida Kamaruddin
Bekas SUA Zuraida Kamaruddin mahu kapasiti untuk bercakap sebagai rakyat dan menegur kerajaan yang sedia ada.
Zuraida hormati keputusan setiausaha akhbar letak jawatan
Zuraida dalam kenyataannya hari ini berkata sudah menerima notis peletakan jawatan Ahmad Soffian melalui aplikasi WhatsApp.
Usah percaya khabar angin pertukaran MB Johor - Setiausaha Akhbar
Pertemuan dengan Perdana Menteri adalah perkara biasa memandangkan sesuatu perbincangan perlu diadakan sebelum mesyuarat besar berlangsung.
Menteri tidak pernah suruh petani guna jalan laut
Salahuddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan perkara itu adalah palsu dan fitnah semata-mata.
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.
Jalin hubungan sulit, TPM Australia umum letak jawatan
Pengumuman peletakan jawatan itu telah dimuat naik di laman media sosialnya di Twitter.
Sarah Huckabee Sanders setiausaha akhbar baharu White House
White House menamakan Sarah Huckabee Sanders sebagai setiausasa akhbar baharu menggantikan Sean Spicer yang meletak jawatan.
Siasatan komprehensif, tiada pelanggaran undang-undang - pegawai PM
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja negara itu.