KUANTAN: "Jutaan terima kasih dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta akan menggalas tanggungjawab dan amanah diberikan sebaik mungkin," kata Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB).
Menurutnya, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.
"Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah pun dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB).
"Insya-Allah kita akan berusaha menarik lebih ramai pelajar dan menjadikan ia salah satu pilihan utama pelajar di negara ini.
"Bukan sahaja pelajar dalam negara, kita juga akan berusaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, setakat ini kita ada dari China dan Indonesia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu telah ke Kompleks Yayasan Pahang untuk menerima kunjung hormat daripada Lembaga Pengarah KESB dengan beberapa penerangan dan perbincangan turut dilaksanakan.
"Sekalung penghargaan saya berikan kepada semua ahli-ahli lembaga pengarah, Naib Canselor UCYP (Kolej Universiti Yayasan Pahang) ketua eksekutif serta kakitangan di atas ucapan kepada pelantikan ini.
"Semoga pelantikan ini akan sedikit sebanyak membantu dalam usaha pembangunan pendidikan mahasiswa terutamanya anak Pahang dan berharap UCYP akan terus menjadi medan dan wadah penyedia pendidikan tinggi kepada anak-anak watan," tambah beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023
Shahaniza berkata, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut. - Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB
Menurut Shahaniza, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.
Pemilihan UMNO: Shahaniza ungguli kedudukan 10 terbaik MKT
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin melakar sejarah peribadi dalam karier politiknya apabila memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.
'Tidak wujud pemimpin parti yang bersih 100 peratus'
Shahaniza berkata, di dalam parti mana sekalipun belum wujud pemimpin yang benar-benar bersih.
PRU15: 'Ini masanya kita beri pengajaran kepada orang tidak setia kepada parti' - Shahaniza
Bagaimanapun Shahaniza berkata, beliau yakin BN dapat mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Ismail Mutalib digugurkan, Shahaniza harap akar umbi Maran terus bersama
Shahaniza yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Maran dan memastikan semua DUN dimenangi Barisan Nasional.
Pahang bina desa warga emas terbesar, siap 2023
Kompleks berkenaan dibina melalui Yayasan Pahang dan menyediakan 106 unit rumah warga emas kepada seramai 200 penghuni.
Isu balak: Exco sedia beri kerjasama
Shahaniza telah dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen atau maklum balas terhadap laporan polis tersebut untuk dilihat tidak mengganggu siasatan (jika ada).
COVID-19: Pusat jagaan warga emas kembali operasi
Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dibenarkan beroperasi semula setelah ujian calitan kedua kepada penghuni dan penjaga negatif.
Bantuan segera kepada tiga beranak tidur di hospital
Shahaniza berkata, kisah keluarga Sarina Endut telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Shahaniza cipta sejarah wanita pertama ketua bahagian UMNO di Pahang
Dengan kemenangan itu, Shahaniza, 48 tahun, mencipta sejarah menjadi Ketua UMNO Bahagian wanita pertama di Pahang.