awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Shahidan hanya memancing untuk dapat peruntukan" - Mohd Sany

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
02/01/2023
12:16 MYT
"Shahidan hanya memancing untuk dapat peruntukan" - Mohd Sany
Mohd Sany mempersoalkan dakwaan yang dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim berkaitan peruntukan yang tidak diterima oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mempersoalkan dakwaan yang dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim berkaitan peruntukan yang dikatakan tidak diterima oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Mohd Sany mendakwa, dakwaan Ahli Parlimen Arau itu adalah cubaan untuk ‘memancing’ dan menekan Kerajaan Perpaduan agar mereka juga diberikan peruntukan sama dengan wakil Kerajaan menerusi Belanjawan 2023.
“Saya ingin tanya Shahidan, bila pula kerajaan membuat keputusan mengenai perkara ini. Belanjawan pun hanya sebahagian dari peruntukan sahaja dibentangkan untuk membolehkan gaji kakitangan kerajaan dibayar.
BACA: 'Ini tidak adil!' - Shahidan dakwa Ahli Parlimen PN tidak dapat peruntukan
“Kerajaan Perpaduan yang ada ini hanya baru sebulan lebih dibentuk dan belum membuat apa-apa keputusan mengenainya (peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang).
“Oleh itu, saya beranggapan kenyataan Shahidan ini hanya ingin memancing sahaja iaitu untuk menekan Kerajaan Perpaduan agar mereka diberikan peruntukan sama dengan wakil rakyat kerajaan melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohd Sany, tuduhan Shahidan itu bersifat melulu dan berniat jahat oleh itu, beliau mengucapkan 'selamat memancing' dan selamat mencuba kepada Shahidan.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan bekas pemimpin UMNO itu yang kini menjadi wakil rakyat Pas.
Shahidan juga menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#Mohd Sany Hamzah
#Perikatan Nasional
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan