Datuk Seri Shahidan Kassim tampil mengaku disiasat polis melibatkan kes cabul susulan laporan polis difailkan keluarga seorang gadis berusia 15 tahun yang kemudiannya ditarik balik.
Ahli Parlimen Arau itu yang tampil mengadakan sidang media di perkarangan Parlimen bagaimanapun mempersoal bagaimana perkara itu boleh tular sedangkan laporan polis telah ditarik balik.
Ditanya sama ada beliau mengesyaki terdapat musuh politik ataupun individu yang sengaja ingin menjatuhkan reputasi beliau, Shahidan menjawab ada manusia yang memilih jalan sebegitu.
“Allah menyediakan syurga dan neraka. Jadi ada orang memilih neraka, dia buatlah cara (hendak masuk) neraka.
“Ada yang memilih syurga, buat cara (hendak masuk) syurga. Mempamerkan aib itu adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Lagipun saya kesal kerana ia melibatkan kanak-kanak dan gambar kad pengenalannya itu yang dipamerkan. Kesian budak ini, dia bukan ada kepentingan apa-apa.,” katanya kepada media dalam menjelaskan berhubung perkara tersebut.
Shahidan bagaimanapun enggan menyatakan mengapa keluarga kanak-kanak itu menarik semula laporan polis.
Malah, beliau turut mengaggap kanak-kanak ibarat anak mahupun cucunya sendiri.
“Semua orang ini anak dan keluarga saya. Saya telah lama dalam politik. Sudah pasti mereka anggota keluarga saya.
“Semua orang saya anggap macam tu. Saya bukan terlibat dalam LGBT, saya.. ya cukup lah,” katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang bekas menteri dilaporkan sedang disiasat polis berhubung kes cabul.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Oct 31 2018
Malah, beliau turut mengaggap kanak-kanak ibarat anak mahupun cucunya sendiri.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang
Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.
PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau
Shahidan berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkannya.
Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan
Polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun
Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.
Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.