Pelaku kes bunuh dan rogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Bukit Tinggi di sini semalam telah sifatkan sebagai binatang oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata jenayah kejam seperti itu perlu dibendung supaya ia tidak berulang pada masa akan datang, terutamanya terhadap kanak-kanak dan wanita.
"Mangsa baru berusia 11 tahun, tergamak mereka lakukan perbuatan ini, saya tidak tahu ini manusia atau binatang," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa di sini hari ini.
Semalam, mayat seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, dipercayai mangsa kes bunuh ditemui terbaring di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.
Polis bertindak menahan dua suspek berusia 19 dan 24 tahun di sekitar tempat kejadian sejurus menerima laporan mengenai kes itu dan mereka direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berharap pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan bagi memastikan mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
"Ibu mangsa ada beritahu saya tadi, beliau mahu supaya siasatan dilakukan secepat mungkin dan mendakwa penjenayah supaya kejadian sama tidak menimpa mangsa lain," katanya.
Beliau berkata, kawasan kejadian merupakan kawasan gelap terutamanya pada waktu petang dan malam sebagaimana dimaklumkan Skuad Sayang Wanita Umno di kawasan itu.
"Kawasan gelap bukan alasan, apa yang pasti kita mahu Malaysia selamat terutama dari kejadian seperti ini," katanya.
Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi berkata laporan bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati Nur Amyliana Shuhada mati akibat lemas dan berkemungkinan suspek menggunakan alat seperti tuala atau bantal.
"Doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan ditemui pada anggota badan tetapi berdasarkan kesan pendarahan di bahagian kemaluannya, mangsa telah dirogol sebelum dibunuh," katanya.
Bernama
Fri May 10 2013
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara!
Ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19, bagaimana pula nasib khazanah negara?
Opsyen untuk henti pendarahan 'Iman' si badak Sumatra berisiko tinggi
Opsyen terbaik bagi menghentikan pendarahan dialami seekor badak sumbu Sumatra akibat tumor rahim kini dianggap mempunyai risiko terlalu tinggi.
Kongsikan hasil siasatan terhadap pembunuhan spesis terancam - MNS
Persatuan Pencinta Alam Malaysia mendesak pihak berkuasa mempertingkatkan usaha pemantauan dan siasatan bagi menghentikan aktiviti haram ke atas spesis terancam.
Shahrizat sifatkan perogol kanak-kanak sebagai binatang
Pelaku kes bunuh dan rogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Bukit Tinggi disifatkan sebagai binatang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.