awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsikan hasil siasatan terhadap pembunuhan spesis terancam - MNS

Shafizan Johari
Shafizan Johari
26/12/2017
07:52 MYT
Kongsikan hasil siasatan terhadap pembunuhan spesis terancam - MNS
MNS mempersoalkan berapa banyak lagi haiwan terancam harus terbunuh sebelum perkara ini dapat diselesaikan. - Foto BERNAMA
Persatuan Pencinta Alam Malaysia mahu siasatan mengenai kematian haiwan terancam dikongsikan, jelas presidennya Henry Goh.
Beliau juga mendesak pihak berkuasa untuk mempertingkatkan usaha pemantauan dan siasatan bagi menghentikan aktiviti haram ke atas spesis berkenaan
Henry berkata demikian sebagai reaksi kepada beberapa kes kematian haiwan terancam baru-baru ini yang melibatkan kes kemalangan jalan raya dan pembunuhan melibatkan haiwan terancam seperti tapir dan beruang matahari.
Baca: Beruang maut dilanggar motosikal Baca: Tapir mati dilanggar Saga Baca: Kereta berpusing dan terbalik selepas terlanggar tapir
"Berapa banyak lagi haiwan terancam harus terbunuh sebelum perkara ini dapat diselesaikan?" soal Henry.
Katanya, selain kemalangan yang mengakibatkan kematian haiwan terancam, binatang tersebut turut diancam pihak yang tidak bertangungjawab yang menjual bahagian badan binatang terbabit.
"Usaha sama yang tersusun antara agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, Jabatan Perhutanan, Polis dan Pejabat Peguam Negara diperlukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu ini," katanya.
Topic Berkaitan
#alam sekitar
#ancaman
#beruang
#beruang matahari
#binatang
#gajah
#gajah pygmy
#haram
#hutan
#kemalangan
#kerajaan
#kereta
#mati
#maut
#MNS
#polis
#siasatan
#spisies terancam
#Tapir
#terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan