awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SHMMP: 1,091 premis di Selangor diperiksa, hanya empat diambil tindakan

Bernama
Bernama
23/12/2023
20:10 MYT
SHMMP: 1,091 premis di Selangor diperiksa, hanya empat diambil tindakan
Mohd Khairi (kiri) ketika membuat pemeriksaan dan pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di Cyberjaya semalam. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Hanya empat daripada 1,091 premis di Selangor yang diperiksa menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini, dikenakan tindakan setakat ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata ia jelas menunjukkan kadar pematuhan tinggi peniaga di negeri ini terhadap peraturan ditetapkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Deepavali lepas.
"KPDN Selangor yakin prestasi pematuhan peniaga sepanjang SHMMP sempena Krismas yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Dis ini juga berupaya mencapai sifar kesalahan," katanya kepada media selepas menjalankan pemeriksaan pematuhan SHMMP sempena Krismas di sebuah pasar raya di sini semalam.
Pada masa sama, berdasarkan pemeriksaan pihaknya, Mohd Khairi berkata bekalan gula dan minyak masak di Selangor adalah terkawal buat masa ini.
Beliau berkata KPDN Selangor akan mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan bagi mewujudkan persekitaran urus niaga yang harmoni dan beretika, selain akan terus melakukan pemeriksaan berkala sebagai usaha memastikan tiada aktiviti sorokan bekalan minyak masak dan gula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SHMMP
#Selangor
#Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan