awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Si bulus' diselamatkan bomba dari ketinggian empat meter

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/04/2022
04:18 MYT
'Si bulus' diselamatkan bomba dari ketinggian empat meter
Seorang anggota bomba menggunakan tangga jentera untuk menurunkan kucing yang terperangkap di pokok kelapa sebelum diserahkan kepada pemiliknya. - Gambar ihsan Bomba
KAMPAR: Jika minggu lalu, seekor kucing diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di atas pokok sena, hari ini, seekor lagi ‘si bulus’ diselamatkan dari atas pokok yang tinggi.
Dalam kejadian di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Batu Putih, dekat sini, khidmat bomba diperlukan untuk menurunkan seekor kucing dari atas pokok kelapa yang tingginya kira-kira empat meter (12 kaki).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.09 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok kelapa pada ketinggian 12 kaki,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan tangga jentera untuk menurunkan kucing berkenaan sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Ahad lalu, bomba menyelamatkan dan menurunkan seekor kucing jalanan yang sudah berada di atas sebatang pokok sena selama dua hari, berdekatan Kampung Tersusun Sungai Buluh, Sungai Siput.
Difahamkan kehadiran 'si bulus' di atas pokok berketinggian empat meter itu disedari orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#si bulus
#kucing jantan
#kucing terperangkap
#Rancangan Perkampungan Tersusun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan